Selamat Datang
Selamat Datang ke Portal LUKISAN KEJURUTERAAN
Objektif utama portal ini diwujudkan adalah sebagai tapak perkongsian bahan pengajaran, maklumat-maklumat terkini tentang Lukisan Kejuruteraan, video-video Tutorial Lukisan Kejuruteraan, artikel-artikel Lukisan Kejuruteaan dan perkongsian masalah mengenai Lukisan Kejuruteraan. Video-video tutorial yang dihasilkan adalah melalui kaedah Dr.U iaitu DEMO, RAKAM dan ULANG/UPLOAD.. Bahan video tutorial merupakan rakaman daripada demonstrasi di dalam kelas. Video-video yang dihasilkan juga digunakan sebagai rujukan dan ulangkaji untuk pelajar-pelajar SMK Seri Setia Teluk Intan khususnya dan juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini amnya.
Bagi pelajar yang mempunyai masalah, bolehlah mengemukakan soalan atau permasalahan anda diruangan PERBINCANGAN, manakala guru-guru yang lebih berpengalaman juga bolehlah kita bersama-sama berkongsi ilmu juga diruangan PERBINCANGAN
Saya juga ada menyediakan koleksi soalan-soalan Lukisan Kejuruteraan hasil pengumpulan saya diruangan DOWNLOADS BAHAN Mana-mana guru yang ingin berkongsi soalan juga digalakkan menghubungi saya untuk saya uploadkan soalan tersebut di laman ini. Semua soalan-soalan Lukisan Kejuruteraan ini dalam format AUTOCAD
Adalah menjadi harapan ADMIN, laman ini dapat membantu guru-guru dan pelajar untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran LUKISAN KEJURUTERAAN. Semoga dengan perkongsian ini ilmu kita akan lebih diberkati dan akan lebih berkembang, InsyaALLAH.....
Bagi mendapatkan paparan terbaik bagi portal ini sila gunakan pelayar MOZILLA FIREFOX. Anda juga boleh download video-video tutorial yang terdapat dalam laman ini untuk rujukan atau P&P dengan menggunakan perisian INTERNET DOWNLOAD MANAGER. Jika video tutorial yang anda saksikan tersekat-sekat sila download dan install perisian Bywifi - video accelerator
ADMIN - Cikgu Romie
BUKU KERJA LKJ

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan sila hubungi Romie 017-5087290
Jawapan bagi Buku Modul Latihan tersebut, sila klik
JAWAPAN MODUL LATIHAN LKJ - jpnPerak
Koleksi Soalan SPM LKJ 2004-2008

Berita baik kepada pelajar dan guru-guru LKJ. Kini anda boleh memiliki CD Koleksi Soalan SPM Lukisan Kejuruteraan dari Tahun 2004-2008. CD ini mengandungi Koleksi Soalan Lukisan Kejuruteraan dari tahun 2004 hingga 2008 beserta jawapan. Soalan-soalan dalam format .PDF bagi memudahkan guru dan pelajar mencetak soalan dan membuat latihan. Jawapan juga disediakan dalam bentuk Power Point yang menerangkan langkah demi langkah dalam menyelesaikan soalan yang diberikan. CD ini dihasilkan oleh Cikgu Yusuf Zaki yang merupakan Jurulatih Utama LKJ negeri Perak. CD ini cuma berharga RM40 dan sila klik cara pembayaran untuk menempah dan membuat pembayaran. Harga CD tersebut telah termasuk kos penghantaran. CD akan dihantar dalam masa seminggu dari tarikh pembayaran. Anda akan diberi resit rasmi untuk membolehkan anda membuat tuntutan PCG mata pelajaran. Cepat, jangan lepaskan peluang ini.. Maklumat lanjut sila hubungi 017-5087290 (Romie)
Catatan Admin
6/28/2010

Salam.. Agak sudah lama saya tidak mencatat di sini. Mungkin keadaan sekolah yang betambah sibuk di tambah lagi dengan kerja-kerja sampingan yang tiba-tiba menjelma. Mesej di atas menggerak hati saya untuk mencatat kembali. Setelah sekian lama menunggu mungkin hari ini saya menerimanya.. Menerima maklum balas tentang kesan mewujudkan portal ini. Dengan penuh tanda tanya setelah sekian lama (2 tahun) saya mewujudkan portal ini saya masih kurang pasti sama ada portal ini membei kesan kepada pelajar atau tidak. Penerimaan mesej di atas telah membuktikan segalanya.
Kewujudan portal ini bukan untuk mengambil alih tugas guru LKJ, tetapi sebenarnya sebagai wadah pengukuhan dalam pembelajaran kendiri. Seiring dengan kemajuan teknologi ICT yang semakin lama tidak dapat dikejar namun ICT juga telah memudahkan lagi pencarian maklumat, perkongsian maklumat serta penyampaian ilmu yang berkesan. Dari masa kesemasa saya cuba mencari untuk mempertingkatkan lagi kemudahan pembelajaran LKJ ini. Matlamat saya suatu hari nanti kita boleh belajar secara 2 hala dengan wujudnya Sidang Video Secara Langsung.. Soalan dan pembelajaran boleh ditanya terus melalui sidang video yang diwujudkan.. Masa dan tarikh ditentukan dan pelajar boleh menonton melalui video streaming. Namun matlamat ini boleh dicapai melalui kemudahan teknologi.
Kepada guru-guru LKJ saya berharap dapat memberikan pendapat dan pandangan kepada saya demi untuk meningkatkan lagi mata pelajaran LKJ ini. Perkongsian bahan-bahan akan memperbanyakkan lagi koleksi dan kaedah serta teknik mengajar demi kemudahan pelajar.
5/25/2010
Alhamdulillah.. berkat rezeki anak-anak, sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2010, saya telah dianugerahkan sebagai Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah Menengah 2010. Anugerah telah disampaikan oleh Raja Muda Perak pada 20 Mei 2010 bertempat di Dewan Banquet Pejabat SUK Negeri Perak.
Kejayaan ini berkat dorongan keluarga, rakan, sekolah, pelajar dan semua pengunjung PORTAL LKJ ini khasnya yang banyak memberi komen yang membina dalam mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran LKJ ini. Segala usaha pelbagai pihak membantu saya diucapkan ribuan terima kasih.. Semoga dengan sokongan yang padu ini akan memberikan saya lebih banyak inspirasi bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajar..

Pengumpulan Koleksi Soalan Percubaan LKJ 2009
Kepada guru-guru yang mempunyai soalan Percubaan LKJ 2009 untuk UPLOAD soalan tersebut di Perkongsian Bahan. Semoga dengan perkongsian soalan ini akan mempertingkatkan lagi kecemerlangan pelajar kita dalam mata pelajaran LKJ.
SBP |
|
Pahang |
|
Perak |
|
Selangor |
|
Perlis |
Belum ada |
Kedah |
|
Pulau Pinang |
|
Negeri Sembilan |
|
Melaka |
|
Johor |
|
Terengganu |
|
Kelantan |
Belum ada |
Sabah |
|
Sarawak |
Belum ada |
Kuala Lumpur |
|
Alat Bantu Mengajar - Membantu Guru dalam mengajar LKJ


Anda seorang guru atau tenaga pengajar? Anda pasti memerlukan Vcam Image Projector bagi membantu melicinkan tugas anda mengajar...
Ragu-ragu? Guna dulu baru tau.. Murah dan mudah.. Malah ada alat seumpamanya berharga ribuan ringgit tetapi Vcam Image Projector mampu menyainginya dengan fungsi yang sama...
Kami pasti tidak rugi anda memilikinya, penggunaanya mampu menjimatkan masa anda dalam persediaan P&P. Pemasangannya sunguh mudah (plug & play). Hanya 30 saat sahaja masa diperlukan untuk pemasangan dan anda boleh terus mengajar.
Untuk tempahan sila hubungi 017-5087290..
Grafik menunjukkan kedudukan VCAM IMAGE PROJECTOR
dalam penggunaannya semasa P&P

P&P Lukisan Kejuruteraan Dengan Kaedah Dr.U
Pengajaran dan Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan
dengan menggunakan Kaedah Dr.U